Mandalay Hancur Dalam Sekelip Mata
Lebih 3500 Terbunuh – Ribuan Cedera – Komuniti Islam Menderita
“People are living on the road… the situation is really hard to explain.”
– Rakan NGO tempatan, Mandalay
Sumber: beritaharian.sg
Sumber: beritaawani.com
Pada 28 Mac 2025, satu gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter telah menggoncang Wilayah Sagaing di barat laut Myanmar. Akibat gegaran tersebut, tujuh wilayah utama termasuk Mandalay, Sagaing, Magway, Bago, Shan Timur dan Naypyidaw diisytiharkan zon darurat oleh pihak berkuasa.
✅60 buah masjid runtuh sepenuhnya
✅60% rumah kediaman musnah
✅3,500 orang disahkan meninggal dunia
✅Lebih 4,671 orang cedera
✅Ribuan mangsa kini tidur di atas jalan, tanpa makanan, air bersih dan kebersihan diri.
Sumber: sinarharian.com
Sumber: utusan.com.my
Serantau Muslim Telah Mula Menghantar Bantuan Awal
Kami telah menggerakkan bantuan awal bersama rakan lapangan bagi menyampaikan:
✅ Pek Makanan Siap Masak
✅ Kit Kebersihan Diri
Namun, masih banyak keperluan bantuan yang mendesak dan terhad.
Oleh itu, kami sasarkan untuk mengumpul RM100,000 segera bagi membantu lebih ramai keluarga yang terjejas.
Pilihan Sumbangan:
RM1000, RM500, RM100, RM50, RM20
#Bentuk bantuan adalah mengikut keperluan mendesak semasa di lapangan
Satu Tubuh, Satu Jiwa – Ini Tanggungjawab Kita
“Perumpamaan orang beriman dalam kasih sayang mereka seperti satu tubuh; bila satu anggota sakit, seluruh tubuh turut merasa sakit…”
— (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Kami menyeru rakyat Malaysia untuk bersama menyalurkan bantuan demi menyelamatkan nyawa dan mempertahankan syiar Islam di bumi yang sedang terluka.
“Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)“Barang siapa membina masjid kerana Allah, maka Allah akan membina baginya rumah di syurga.”
- Hadis Riwayat Bukhari & Muslim”