
BANTUAN KECEMASAN UMUM
Bantuan kecemasan ini adalah merupakan satu inisiatif Serantau Muslim
bagi menyalurkan bantuan dalam kadar segera kepada mangsa-mangsa
bencana sekiranya berlaku bencana alam yang tidak di jangka.
Selain itu, dengan adanya dana terkumpul ini diharapkan dapat
membantu lebih ramai mangsa bencana yang terkesan dan bantuan
ini dapat disalurkan dengan lebih cepat.
Alhamdulillah, sepanjang misi bantuan kecemasan ini di jalankan,
sebanyak RM 1 juta sumbangan telah berjaya disalurkan ke beberapa buah negara
yang terjejas akibat bencana, antaranya Malaysia (Sabah), Filipina,
Indonesia ( Palu, Lombok, Selat Sunda), Lubnan ( Beirut ) dan lain-lain.
Oleh itu, kami memerlukan persediaan dana RM 85,000 SEBULAN
bagi membantu mangsa bencana alam jika berlaku musibah
seperti tsunami, gempa bumi, letupan, kebakaran dan
sebagainya dalam kadar segera.
Bukan itu saja, dengan adanya dana terkumpul ini, mudah-mudahan
dapat membantu lebih ramai lagi mangsa yang memerlukan bantuan.
Dengan ini, kami membuka pakej umum bagi memudahkan anda untuk membuat
sumbangan ini. Sumbangan yang anda berikan boleh merangkumi
pek makanan, kanvas, ubat-ubatan, hygiene kit,
trauma healing, pakaian dan sebagainya.
Ayuh, bantu kami membantu mereka yang memerlukan.
____________________________________________________________
Sabda Nabi S.A.W..
"Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat " (HR - Muslim)
Penafian:
- Pembayaran mengunakan payment gateway Billplz, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada Billplz Sdn Bhd. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
- Pembayaran termasuk RM1.50 caj payment gateway billplz
- Untuk pertanyaan boleh hubungi kami +60384081789
- Sekiranya terdapat larangan undang-undang dari pihak berkuasa tempatan, Serantau Muslim akan agihkan pada negara yang tiada larangan undang-undang.